Buletin UPM >> Buletin:/2021/No. : 489

PEMAKAIAN REKA BENTUK (DESIGN) NAMA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

2021-07-30 by PSPK



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan,

PEMAKAIAN REKA BENTUK (DESIGN) NAMA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Penjenamaan merupakan satu aspek yang penting untuk peningkatan visibiliti dan reputasi Universiti dan ianya perlu selari dengan perubahan semasa.Selaras dengan itu, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) telah mengemaskini Manual Identiti Korporat Edisi 3/2021 sebagai inisiatif untuk meningkatkan imej dan kualiti penjenamaan Universiti secara keseluruhan. Manual Identiti Korporat Edisi 3/2021 ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) ke-767 pada 7 Julai 2021 seperti yang diminitkan di dalam minit 767.03(i).

Salah satu penambahan penting di dalam Manual Identiti Korporat Edisi 3/2021 adalah panduan Pembentukan Reka Bentuk atauDesignNama Pusat Tanggungjawab (PTJ). Pengurusan universiti maklum akan kepentingan setiap PTJ di UPM untuk mempunyai keterlihatan identiti dan ini secara tidak langsung akan membantu keterlihatan penjenamaan dan imej UPM secara keseluruhan. Sehubungan itu, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) telah mewujudkan panduan Pembentukan Reka Bentuk (Design) Nama PTJ bagi mewujudkan keseragaman dan memastikan reka bentuk nama PTJ di UPM tidak melanggar garis panduan penjenamaan UPM.

Garis Panduan dan Carta Alir Pembentukan Reka Bentuk (Design) Nama PTJ adalah seperti di lampiran untuk rujukan bersama semua PTJ. Templat Kertas Kerja untuk Pembentukan Reka Bentuk (Design) Nama PTJ turut dilampirkan. Carta Alir dan Templat Kertas Kerja ini akan turut dimuat naik di bahagian dokumen laman web https://pspk.upm.edu.my untuk rujukan dan kegunaan semua pada masa hadapan. Pihak PSPK juga ingin memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua PTJ yang telah pun mempunyai reka bentuk (design) nama PTJ yang sedang diguna pakai, supaya menghantarkan reka bentuk tersebut kepada pihak PSPK untuk semakan dan kelulusan.

Semoga kita sama-sama dapat bekerja ke arahmenyokong usaha penjenamaan semula Universiti secara berkesan.

Segala kerjasama dan jasa baikYBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puanadalah didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.


Saya yang menjalankan amanah,

PROF. DR. AZMAWANI ABD. RAHMAN
Pengarah
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK)
Universiti Putra Malaysia