Buletin UPM >> Buletin:/2021/No. : 626

JEMPUTAN MENYERTAI INTERNATIONAL BUSINESS INNOVATION AND IDEAS COMPETITON 2021 (INOVASI21)

2021-09-13 by PSPK



Assalamualaikum / Salam Sejahtera

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan International Business Innovation and Ideas Competition (INOVASI21) secara maya pada 5 Disember 2021.

3. INOVASI21 diadakan bertujuan menjadi medan perkongsian ilmu pengetahuan dan pameran inovasi kreatif di kalangan penyelidik, profesional dan pelajar dari dalam dan luar negara. Di samping itu, peserta berpeluang untuk menerbitkan inovasi mereka dalam bentuk buku bertema.

4. Sehubungan itu, pihak penganjur dengan sukacitanya mempelawa para akademik dan pelajar daripada institusi pengajian YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang INOVASI21, https://fpp.unisza.edu.my/inovasi21/ atau boleh menghubungi urusetia program di talian 017-400 8585/ 019-9879710/ 013-933 6609.

Kerjasama dan sambutan baik yang diberikan oleh pihak YBhg. Dato'/Prof./Dr./Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.


Johari Johan
Penolong Pendaftar Kanan
Fakulti Perniagaan dan Pengurusan
UniSZA Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu, Malaysia.
Tel : 09-6688792
----------------------------------------------------------------
Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM