Buletin UPM >> Buletin:/2021/No. : 667

HEBAHAN TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM INNOHUB, UPM 2021

2021-09-24 by NORAZAIDAH BINTI YAHAYA / SCIENCEPARK NORAZAIDAH@UPM.EDU.MY


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa InnoHub, Putra Science Park, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM akan membuka T awaran Permohonan Program InnoHub bagi tahun 2021.

➡️ InnoHub adalah hub validasi pasaran UPM yang pertama, memupuk bakat keusahawanan menerusi program bimbingan syarikat permulaan (startup)

➡️ Matlamat program InnoHub adalah untuk menjayakan pengkomersilan inovasi berasaskan teknologi UPM secara proaktif dan dinamik

➡️ Penyelidik projek yang terpilih berpeluang menerima Geran Validasi Pasaran sehingga RM100,000

➡️ Permohonan adalah dibuka kepada semua staf UPM akademik dan bukan akademik yang berkelayakan.

Bersama-sama ini dilampirkan pautan borang Tawaran Program InnoHub yang perlu diisi bagi yang berminat:
https://forms.gle/M6xMwPe1ak9TWuRi8 selewat-lewatnya pada 30 September 2021

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini boleh berhubung dengan Puan Norazaidah Yahaya di talian 012 2636313/ 03-9769 2181 email norazaidah@upm.edu.my atau Puan Zuraini Mat di talian 012 3419580/ 03-97692184 email zuraini_upm@upm.edu.my

Sekian, terima kasih.


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERILMU BERBAKTI”


Saya yang menjalankan amanah,

NORAZAIDAH YAHAYA
Putra Science Park (PSP)
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
Tel : 03- 9769 2181/ 012-2636313
Email : norazaidah@upm.edu.my