Buletin UPM >> Buletin:/2018/No. : 1338

KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19 BERTARAF KONTRAK DI PUSAT ALUMNI, UPM

2018-11-14 by SYAMILA BINTI ZAKARIA / ALUMNI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan mengenai kekosonganjawatansebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 bertaraf kontrak di Pusat Alumni, UPM.

SYARAT LANTIKAN :

1. Warganegara Malaysia,

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutupiklan,

3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,

4. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kepujian 4 matapelajaran lain yang berkaitan pada peringkat SPM serta salinan sijil-sijil berkaitan.

Pemohon yang berminat dan berkelayakan, diminta mengemukakan Borang Permohonan JawatanKumpulan Pelaksana berserta 'resume'. Borang permohonan yang lengkap hendaklah di alamatkan kepada:

Pusat Alumni
Bangunan Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi), Off Lebuh Silikon
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
(u.p : Puan Syamila binti Zakaria)

Tarikh tutup permohonan ialah 23 November 2018 (Jumaat).

PERHATIAN :


1. Permohonan yang tidak lengkap @ lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
2. Hanya calon yang dipilih dalam penyaringan akan dipanggil temuduga.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-89471017.

Sekian, terima kasih.



Syamila Binti Zakaria
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Pusat Alumni UPM
No. Telefon : 03-89471017
Emel : syamila@upm.edu.my / kieshaamani3393@gmail.com